Monday 2 May 2011

Makanan Tradisional Kaum Melayu

Nasi Lemak




  • Resipi Nasi Lemak 
  • Bahan untuk nasi:
  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan dan 1 cawan air (guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 3 hirisan halia
  • secubit garam
  • Bahan untuk sambal:
  • 6 sudu besar cili kering mesin
  • 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  •  segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit belacan (jika suka)
  • garam dan gula
  • Bahan sampingan lain:
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.
  • Cara penyediaan:
  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.
    Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

  Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

  Kaum cina dan india makan nasi lemak dengan berbagai jenis hidangan.Tiap-tiap kaum memakan nasi lemak dengan cara pemakanan dan hidangan yang berbeza. Ini menunjukkan keistimewaan dan keunikkan makanan tradisional ini.Makanan ini boleh didapati di mana-mana sahaja dari warung,kedai mamak ataupun di restoran.

     Terdapat juga makanan-makanan lain seperti lempeng kelapa,ketupat dan lemang.


Lemang
Resipi Lemang

Bahan-bahan: 

30 keping (diameter lemang 5-6cm)

  • 500g beras pulut
  • 400ml santan cair (bergantung kepada kepekatan santan, boleh letak 3/4 santan dan 1/4 air)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh garam/ secukup rasa
  • daun pisang (untuk mmbalut lemang)

Cara penyediaan:
  1. Panaskan periuk pengukus. Satukan kesemua bahan-bahan didalam loyang.
  2. Kukuskan selama 25-30 minit dengan api sederhana.
  3. Bentukkan pulut seperti lemang guna botol air seperti dalam gambar. Pastikan pulut betul-betul padat.
  4. Keluarkan pulut dari acuan (botol).
  5. Balutkan pulut dengan daun pisang. sapukan sedikit minyak di atas daun pisang sebelum membalut pulut. Pastikan daun pisang sudah dilayur terlebih dahulu.
  6. Kukuskan semula selama 5 minit.
  7. Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
  8. Potong dengan cantik-cantik.

   Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. 

   Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

No comments:

Post a Comment