Friday 29 April 2011

Makanan Tradisional Kaum India.

    TOSAI



Resipi Tosai         
Bahan-bahan ( untuk 10 keping tosai ):
  • 2 cawan beras -rendam 8 jam
  • 1 cawan aluthu - rendam 8 jam
  • 1 kepal nasi
  • sedikit garam
  • minyak masak
  • 1/2 labu bawang besar
  •                         
  • Cara penyediaan:
  1. Kisar semua bahan dengan pengisar sehingga halus. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak-agak padan dengan bahan-bahan yang hendak di kisar. Kadar kecairan adunan seperti apam tapai.
  2. Masukkan garam dan kacau rata.
  3. Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik.
  4. Culup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali rata.
  5. Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 cawan atau 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. Masak dengan api perlahan atau sederhana.
    
   Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

  Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.


IDLI



Resepi Idli (Kuih beras kukus)
Bahan-bahan:
300 gm beras
250 gms kacang dal hitam
2 sudu makan nasi
Secubit garam
                                 
Cara penyediaan:
1. Rendam beras dan kacang dal secara berasingan selama 4-5 jam.
2. Kisar beras dan nasi sehingga halus. Kemudian kisar kacang dal sehingga halus secara berasingan.
3. Satukan beras dan kacang berserta garam. Gaul sebati.
4. Tuangkan campuran ke dalam acuan kecil dan kukus sehingga masak anggaran selama 20 minit. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari atau acar.
                           


   Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.


MURUKU




Resipi Murukku
Bahan-bahan:   
3 biji telur, dipukul sedikit
600 g tepung kacang dal
250-300 ml air + 1 camt garam
240 g tepung beras
2 cawan serbuk cili
1 cawan serbuk jintan putih
1 1/2 cawan serbuk jintan manis
160 g marjerin
minyak untuk menggoreng
3-4 pelepah daun kari

                         
Cara penyediaan:
1.Satukan tepung dal dengan air bergaram. Masukkan telur, uli rata. Campurkan dengan tepung beras, serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. 
2.Bubuh marjerin dan uli menjadi doh yang lembut. Masukkan sedikit ke dalam acuan murukku dan picitkan ke atas sehelai daun pisang yg disapu minyak. 
3.Anda boleh juga terus memicitnya ke dalam kuali (dengan minyak panas). Goreng hingga separuh masak, campurkan beberapa helai daun kari dan goreng lagi hingga keemasan.
4.Angkat dan sejatkan minyaknya. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara. 


                          


  Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.

  Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti  cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut. 

3 comments:

  1. emmm..sedapnyer.leh jugak jenguk blog saya www.honeycakehomemade.blogspot.com...cam2 kek ada..

    ReplyDelete
  2. Muruku pun dah ramai orang malaysia suka makan time perayaan.
    kepada yg minat putu boleh tengok disini http://makanan-malaysia.digital-nets.info

    ReplyDelete
  3. Nak tanya boleh share resepi kambing

    ReplyDelete